Friday, April 1

: make your own jersey. eceh! :

hari tu aku ada wat jersey nama aku sendiri kat rumah. boring kan cuti lama2 kat rumah. baik aku isi masa tu dengan benda yang berpaedah. ahhai~ tapi xla jersey sgt pun, baju biasa je..just ada nama and no kat belakang. boley panggil jersey kot..haha

ok. ni la jersey yang tak serupa jersey tuh..hehe



pastu aku upload kat FB. saja suka2..^^
pastu ade yang berkenan and nak suruh aku buat..ahhai! ^^

aku yang terkenal dengan baik hati pun buat la..

okeh. ni la benda2 yang korang perlu ada tuk wat ' jersey' ni:


yang kain warna warni tuh wajib ada yaw.!!
g ja kedai jual alat jahitan mesti ada la..

then, korang lukis la huruf2 or nombor2 yang korang nak buat tu atas kertas dulu. aku nasihatkan lukis atas kertas dulu jangan nak terus lukis atas kain tuh. t kalau x jadi sapa susah? korang jugak kan..

lagi satu kalau lukis atas kertas dulu senang sikit nak agak saiz and design huruf2 tuh ,
biar bersesuaian dengan baju korung. eceh!

pastuh, bila dah lukis design bagai. potong la tunggu apa lagi. macam ni ha...

ni design simple-simple ja. aku ni tak la kreatif dan inovatif sangat.
setakat huruf skema2 tuh boleyh la. 
haha

pastuh korung ambik huruf2 diatas tuh jadikan acuan tuk korang gunting kain felt pulak.
barula nanti huruf2 tuh jadi cantik sikit. kalau korang terus ja lukis huruf2 tu kat atas kain ni, t kalau x puas hati, x ke membazir namanya.

aish, aku memang tak suka pembaziran nih.
BETUL! 

okeh, dah gunting!
aku pilih kain biru sebab sesuai dgn baju yg nak di jerseykan. 
*peace*

then, dah siap gunting semua. try la susun dulu huruf2 n nombor tuh kat baju yg korang nak guna tuh.susun cantik2, tgk angle ok ke tak, then baru start jahit.

daripada macam ni


dan akhirnya jadila macam nih................





jangan komen apa2 noh. aku bukan penjahit profesional pon. takat jahit jelujur tuh boleh la. senget2 sikit tu halalkan jela..itu dinamakn seni taw..haha

 this is the ori jersey..
saja as a referens..
ahhai~~


okeh. selamatmalam.gudnite.
nak sambung setadi.
babai.

No comments: