Sunday, March 4

Binatang yang paling aku tak suka di dunia.


          Seriously, binatang paling aku tak suka di dunia ialah LINTAH. Hari ni ramai gila orang duk post gambar lintah bapak besar gedabak. eeee aku sanggup hide status orang tuh sebab geli gila tengok lintah yang besar gedabak tuh. lintah kecik yang baru nak kenal erti hidup pun aku geli nak mampus, ni pulak yang besar macam tuh. eeeeee. tiba2 ja rasa ada benda duk jalan kat badan ni, mungkin sebab aku fobia peristiwa dulu kot. 


============================================================================

         Dulu masa aku kecik2 aka masa tengah beringus lagi, rumah aku kena banjir. so bila air dah bertakung dalam rumah tu paham2 la kan, toilet memang out of service la. terpaksa la bertenggek kat mana 2 daratan yang masih selamat dari banjir tuh. Dah melepas segala hajat, nak membasuh pulak satu hal. so faham-faham la kan nak basuh kat mana. hihi. lepas basuh tu ok lagi. then, jalan-jalan nak g darat tengok sekor lintah duk bergantung cantik je kat betis aku. besar gila kot. aku apa lagi sibuk la berlari pi sana pi sini. nasib arwah wan aku ada. dia yang tolong buangkan. lepas kejadian tu, memang aku tak turun dah dalam air tuh. sekarang ni na tengok lintah pun dah geli. kadang-kadang kalau g mana2 pastuh ada orang duk letak lintah kat muka untuk buang resdung ke hape ke, memang aku tak tengok dah. euuuuuwwww diorang tak geli ke. lembik2 macam tuh. 

============================================================================

Lagi satu, benda paling aku tak suka kat dunia ni ialah kumbang yang besaq tu. yang ada tanduk pastuh bila sentuh dia ada bunyi srehhh srehhh macam tuh. korang kenal tak. orang panggil kumbang besar kot. aku kat kedah panggil kaboi besaq ja. hekhek. 

ni haaaa. tak ke lebih besar daripada biasa tuh.
ekcely, binatang ni aku tak geli cuma takut ja. Family aku memang dah tahu aku memang takut dengan binatang ni. diorang kalau jumpa binatang ni kat rumah mesti pekena aku punya. aku part orang baling pastuh dia tersangkut kat baju pastuh duk bunyi srehhh srehhh tuh memang kecut perut habis la. tak bunyi boleh tahan lagi. eeee seram baq hang. 


p/s: sorry to say, aku tak berani nak mengoogle gambar lintah. 

so, korang mesti ada fobia kat binatang gak kan? cer citer cer citer...



Sunday, January 1

1-1-2012

Assalamualaikum .


ok ini first entry aku untuk tahun baru ni. apa azam tahun baru? entahla...haha


aku just berharap tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas. tahun lepas dah banyak benda yang berlaku. ada manis ada pahit ada masin ada manis ada tawar. bak kata orang memang cukup rempah ratus la.


semalam korang sambut tahun baru kat mana? KLCC lettew kan? kelas la korang. Aku? hurmm, sambut kat bilik je la. tahun baru kali ni memang salah waktu la, next week dah start exam. so kitorang sambut tahun baru dengan note-note yang menimbun, buku-buku yang bersepah ni je. so sad! tapi nasib baik bilik aku ni nampak gak KLCC, dapat la jugak tgk bunga api sikit-sikit. hehe.


ok lah nak sambung study. bye !



۰̮̑●̮̑۰★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★⋰⋱☆⋰⋱★۰̮̑●̮̑۰
──────█─█ █▀█ █▀█ █▀█ █─█─────
──────█▀█ █▀█ █▀▀ █▀▀ ▀█▀─────
──────▀─▀ ▀─▀ ▀── ▀── ─▀──────
█▄─█ █▀▀ █─█─█──█─█ █▀▀ █▀█ █▀█
█─██ █▀▀ █─█─█──▀█▀ █▀▀ █▀█ ██▀
▀──▀ ▀▀▀ ─▀▀▀────▀─ ▀▀▀ ▀─▀ ▀─▀


Wednesday, December 28

grrr

Aku tak paham betul dengan manusia spesis macam ni. Bercakap macam orang kuat agama, sembahyang tak tinggal siap mengajar budak-budak mengaji lagi, tapi kalau dengan perempuan bukan main lagi kan. rapat-rapat, sentuh-sentuh, peluk-peluk. 


mana pergi agamanya ekh? buat macam tu tak haram ekh? aku tak kisah sangat kalau orang lain, i mean orang yang tak pernah tegur aku pasal halal haram ni nak peluk-peluk bersentuh bagai dengan girlfriend dia tapi , kau ? 


dulu bukan main lagi time aku pergi karaoke dengan kawan-kawan aku, kau cakap pergi tempat jahanam la, tak elok la, orang pakai tudung tak elok pergi tempat-tempat macam tuh la. ok aku faham, tapi masalahnya kitorang bukan nya duk berkaraoke depan-depan public pun, lagipun kawan sesama perempuan je kalau ada lelaki maybe la nampak tak manis kan? 


Aku boleh terima nasihat kalau orang yang bagi nasihat tu tak buat benda-benda yang ' tak elok' ni, tapi kau tu lagi teruk. lain kali sebelum kata kat orang apa kata ko beli cermin besar-besar then kau duduk depan cermin tuh tengok diri tuh dulu. kalau rasa dah cukup sempurna baru boleh tegur orang ok. tapi kalau rasa diri tuh tak sempurna tak buat benda-benda macam ni baik simpan jela. 


sebab kau tahu kenapa? orang yang kau marah-marah tuh akan ketawakan ataupun bahasa kasarnya akan mengejek kau balik atas apa yang kau buat tuh. 






aku harap sangat kau baca entry special aku nih.  terima kasih !
aku bukan nak merendah-rendahkan kau cuma aku rasa tak payah la nasihatkan orang kalau diri sendiri pun buat.


MOOD : GERAM GILA! 



Monday, December 12

Saya harap awak tau saya still sayangkan awak





GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai , cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak bagi semua tu kat awak .
       saya tak berharta awak ...
GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama macam kawan2 awak ?
GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]





( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )



selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum GF pulang .


 p/s : serius touching ! :'(


Monday, December 5

Review Filem : Ombak Rindu

aku tak taw kenapa tiap kali nak sebut pasal Ombak Rindu mesti aku tersasul kata Ombak Besar. Aiyoh ni semua gara-gara status AyeemAyam la ni. hadoi! 


ok tu iklan je, tak ada kaitan dengan filem ni ok. Semalam aku pergi tengok filem ni kat One Utama. pergh full house kowt. kitorang nak beli yang pukul 2 punya, tinggal barisan depan. so terpaksa beli pukul 4.30 punya tu pun dapat seat depan2 gak. argh, terpaksa ambil jugak laaaa. memang tiket untuk filem ni macam pisang goreng panas kot. cepat je habis. 


# Overall jalan cerita memang menarik even tak sama sangat dengan novel dia. yela xkan nak buat sebijiksebijon macam novel kan. mau berjam-jam jugak dalam panggung tuh. 


# Ramai orang cakap : apesal aku tak rasa sedih pun tengok citer nie. Part mana yang sedih tuh?? Makcik sebelah aku ni teresak-esak nangis. Ok tu orang cakap, tapi bagi aku cerita ni sedih kot. mau tak nya dekat 3 kali kot aku menangis. ada satu part time kenduri rumah Mak Jah tu, time Haris g jumpa Izzah tuh. sedih weyh, aku x sedar yang aku menangis, tengok2 dah mengalir je kat pipi ni. huhu. 


# aku suka sinematografi dalam filem ni, cantik gila weyh. permandangan dia, rumah dia...rasa macam nak honeymoon je kat rumah yang Haris dan Izzah duduk tuh. berangin jeeee. bestnyaaaaa *berangan*....


# Lakonan Abang Besar aka Haris mantap gila. untungnya kalau dapat lelaki macam tuh. ayoyo *berangan lagi*. lakonan Maya Karin aka Izzah pun mantap. first2 tu aku ingat watak ni mmg tak sesuai dengan Maya ni sebab Maya ni tak nampak sgt ciri2 kekampungan dia tuh, tapi rupanya aku salah. boooooo kat aku. miahaha. Lakonan Lisa pun ok, nmpak kegarangan dia tuh. takot aku ! 
Aku suka part nie, kalau dalam novel part2 macam ni la paling rasa touching. auw~


scene ni lawak kot. haha. pandai Aaron berlakon.

tengok ! cantik kan background dia. nak honeymoon kat  tempat macam nie gak :)



Apa-apa pun, korang g tengok sendiri laaa. lain orang lain pendapat kan. ada cakap best ada cakap x best. Lagipun aku rasa penonton dah muak la tengok citer2 seram dan komedi ni, so bila Ombak Rindu keluar dgn garapan yang bagus macam ni memang HIT la...Box Office lettew. haha


Ok tu je nak cakap. bye!

p/s: Happy watching and dont forget to bring a boxs of tissues. hihi :)

Wednesday, November 23

minggu lepas punya cerita

_Assalammualaikum_

Sebenarnya tak taw nak update pasai apa, tapi tangan ni rasa gatai jaaa nak buat entry baru. dah cemuih baca entry sebelum nie. heh heh

ok minggu ni gue sangat buzy dengan assignment yang melambak, buzy dengan masalah lagi, dengan SPSS. owh, sila jangan sebut pasal SPSS di sini. tiba-tiba mood aku terus bertukar. grrrrrr! 

minggu lepas after habis je kelas biostat, terus pergi Maju Junction jap. teman kawan mak jemah g potong rambut. style gila kowt rambut dia habaq hang! hehe

then terus g Jalan TAR jap, nak memborong tudung.<-- ni saja gatai nak beli padahal tudung dah melimpah-limpah dalam almari tuh. ok habis!

pastuh, masuk SOGO jap. bapak ramai gila orang. Patut la salah timing kot. Si Adam ke masjid berhampiran menunaikan Solat jumaat, Si Hawa apa lagi? bershopping laa, rehat lama kan. Ah, x kisahlaaaa...kitorang x plan nak membeli pun, tapi nak berkaraoke. ngeh2 ! B) nak release tension weyh, nak menjerit puas2.

then pi RedBox, dapat student pakej, grab terus laaaa...menjerit dua tiga lagu, agak2 tekak dah perit tuh bagi chance kat org laen pulak nyanyi...bukan main lagi, pilih lagu yang high pitch bajet retissss sgt. haha



lagi yang tak boleh blah, pilih lagu yang banyak part rap. Nah kau, masuk part rapping nganga semua, kalau tak ternganga pun memang membaca jela. dah tak da rentak2 bagai. bajet Pitbull sangat!

Ok. Pastuh balik !!! tu je nak cakap...

p/s: Eh, tiba-tiba ja tangan dah tak rasa gatai.....kenape hah? kenapa? mengapa?



Friday, November 4

AKU dan DIA dah putus.

Assalamualaikum..

“aku dan dia dah putus…"

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.....

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”


beberapa bulan kemudian...


“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”
OK, as conclusion
MANUSIA ni ada 3 jenis:

BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain 
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain…

OK. Bye !