Saturday, May 14

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum. aku baru habis baca novel 7 hari mencintaiku, novel ke-4 Siti Rosmizah, my favourite novelist. sambil mengelap-ngelap air hidung yang masih bersisa disebabkan penangan ending cerita nih yang memaksa jugak air mata aku keluar. sedih habaq hampa...


meh sini teman nak buat review sikit...

# overall novel ni memang best ! best!

# banyak konflik, tapi banyak sangat pon rasa macam malas nak baca kan.        geram je memanjang. haha. tapi cerita ni ok la. 

# mula2 tuh aku menyampah gila dengan si heroin cerita nih (Mia Adriana) .sombong tak bertempat. mulut laser. tak berperikemanusiaan.

# si hero(Khuzairi) ni pon satu, lembut hati sgt. ikut je apa isteri dia ckp. penyabar gila kot. tapi kalau dapat husband macam nih. perghh! 

#tapi part belakang2 tuh memang tounching habis lah. meleleh-leleh air mata aku. sampai pening palo den ni menangis punya pasal lah. tah pahape kan...ehee~

# then, buku ni sgt la tebal. 1st time kot baca novel tebal2 macam nih. 1048 pages dowh. muahaha. tpi disebabkan cerita dia best gila. habis jugak la aku meneroka satu per satu muka suratnya. 

cakap banyak tak guna. gi kedai buku. beli dan baca. baru korang tahu best ke tak. lain orang lain pendapat kan. tapi bagi aku antara keempat-empat novel SR ni yang paling best novel Cinta Kau dan Aku. memang best gila nak mampos novel tuh. can u imagine adik aku yang mat sempit tuh pun layan kot novel nih. buang tebiat ke hape? haha.

Okeh, ni novel2 SR yang dah dibaca dah dikoleksikan..

1.Andai Itu Takdirnya

Syed Adam Aizril & Aleya

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."



2.Cinta Kau Dan Aku

Farish Hakimi & Farisya

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

3.Lafazkan Kalimah Cintaku

Tengku Ryan Ameer & Tengku Aqilah

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.


4. 7 hari mencintaiku

Khuzairi & Mia Adriana

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

okeh.gudevening.selamatpetang.
Assalamualaikum
BABAI!

1 comment:

ShaNa said...

wow! rajin bace novel siti rosmizah skrg ni. hu3